Salam EidilAdha 1430 Hijriyyah

0 comments

Pengorbanan memerlukan ketulusan...
Ketulusan menerbitkan keredhaan...
Keredhaan menguatkan keimanan...
Keimanan membuahkan kebahagiaan abadi....

BERKORBAN APA SAJA, DEMI AGAMA ALLAH YANG TERCINTA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Read On

Dedikasi Buat Semua Sang ANAK- Anak Soleh - UNIC

0 comments




Sifat anak yang soleh…
Mentaati ibu ayah…
Tidak membantah…malah mentaati..
Halus peribadinya..
Mencontohi Rasullah..
Tingkah lakunya di jaga..
Akhlak dipelihara…
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa..

Hormat pada yang tua…
Kasih pada yang muda…
Sayang pada ibu ayah..
Dan juga keluarga…
Hidupnya rajin berusaha…
Tidak pernah berputus asa…
D i dalam kehidupan penuh pancaroba..

*Tiada cinta dihatinya hanyalah cinta ALLAH..
Ada rasa rindunya hanya untuk Rasullah..
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah..
Hormat menghormati sesama insan berbudi..
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi..
Itula diantara sifat anak-anak yang soleh..



Read On

الإعراب الوجداني ( Hatiku mendahului Lisanku, wahai guru...)

0 comments




قال الأستاذ للتلميذ... قف وأعرب يا ولدي:
"عشق المسلم أرض فلسطين"
وقف الطالب وقال:
عشق: فعل صادق مبني على أمل يحدوه إيمان واثق بالعودة الحتمية،

والمسلم
: فاعل عاجز عن أن يخطو أي خطوة قي طريق تحقيق الأمل،
وصمته هو أعنف ردة فعل يمكنه أن يبديها،

وأرض: مفعول به مغصوب وعلامة غصبه أنهار الدم وأشلاء الضحايا وأرتال القتلى،

و.....

و.....
وستون عاما من المعاناة.

فلسطين: مضافة إلى أرض مجرورة بما ذكرت من إعراب أرض سابقا.

قال المدرس: يا ولدي مالك غيرت فنون النحو وقانون اللغة؟؟؟
يا ولدي إليك محاولة أخرى...
"صحت الأمة من غفلتها"
أعرب...

قال التلميذ...

صحت
: فعل ماضي ولى..... على أمل أن يعود..

والتاء
: تاء التأنيث في أمة لا تكاد ترى فيها الرجال.

الأمة: فاعل هدَّه طول السبات حتى أن الناظر إليه يشك بأنه لا يزال على قيد الحياة.

من: حرف جر لغفلة حجبت سحبها شعاع الصحوة.

غفلتها: اسم عجز حرف جر الأمة عن أن يجر غيره،
والهاء ضمير ميت متصل بالأمة التي هانت عليها الغفلة،
مبني على المذلة التي ليس لها من دون الله كاشفة..

قال المدرس: مالك يا ولدي نسيت اللغة وحرفت معاني التبيان؟؟؟
قال التلميذ: لا يا أستاذي...

لم أنسى...

لكنها أمتي...

نسيت عز الإيمان،

وهجرت هدي القرآن....

صمتت باسم السلم،

وعاهدت بالاستسلام....
دفنت رأسها في قبر الغرب،

وخانت عهد الفرقان....
معذرة حقاً أستاذي،
فسؤالك حرك أشجاني....
ألهب وجداني،
معذرة يا أستاذي...
فسؤالك نارٌ تبعث أحزاني،

وتهد كياني...
وتحطم صمتي،

مع رغبتي في حفظ لساني...
عفواً أستاذي....
نطق فؤادي قبل لساني...
عفواً يا أستاذي؟؟؟؟؟
Read On

Kisah Daripada Al-QUR'AN

0 comments

KISAH QORUN


إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآَتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ (76)
وَابْتَغِ فِيمَا آَتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآَخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ (77)
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ (78)
فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (79)
وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ (80)
فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ (81)
وَأَصْبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوْا مَكَانَهُ بِالْأَمْسِ يَقُولُونَ وَيْكَأَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَوْلَا أَنْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا لَخَسَفَ بِنَا وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ(82)
تِلْكَ الدَّارُ الْآَخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ ( 83

سورة القصص 76-83


76. Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi beban Yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang Yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah Engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

77. "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

78. Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat Yang telah lalu, orang-orang Yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang Yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

79. kemudian Qarun keluar kepada kaumnya Dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang Yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti Yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang Yang bernasib baik".

80. dan berkata pula orang-orang Yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang Yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala Yang demikian) itu melainkan orang-orang Yang sabar".

81. lalu Kami timbuskan Dia bersama-sama Dengan rumahnya di Dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan Yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

82. dan orang-orang Yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga Yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan Dengan tertimbus di Dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang Yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"

83. negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. ( AlQashosh: 74-83)



Sebutan nama Qorun di dalam Alqur’an :

Nama Qorun telah disebut sebanyak empat kali di dalam AlQur’an. Dua kali di dalam surah AlQashosh sebagaimana di atas. Kali ketiga di surah AlAnkabuut (ayat 39) dan kali keempat di surah Ghafir (ayat 23-23) ketika mengisahkan tentang pembohongan penentang dan pelampau terhadap Nabi Musa alaihissalam iaitu Fir’aun, Haamaan dan Qorun.


Kisah Qorun secara ringkas sebagaimana yang diterangkan dalam AlQur’an adalah bahawa Qorun itu daripada kaum Nabi Musa alaihissalam. Dia adalah orang Israel dan bukannya bangsa Qibty. Allah telah mengutuskan Nabi Musa kepadanya sebagaimana telah diutuskan kepada Fir’aun dan Haamaan.

Allah telah mengurniakan Qorun harta-harta yang banyak dan gedung-gedung yang melimpah ruah yang memenuhi segala khazanah simpanan. Harta-harta simpanannya teramat banyak sehingga tidak terdaya untuk memikulnya oleh orang-orang yang gagah dikalangan mereka.


Namun,Qorun telah menggunakan segala harta-hartanya untuk membuat kemusnahan dan kezaliman serta menenggelamkan dia didalam kesombongan dan kebongkakan. Malahan dia juga telah menjadi satu fitnah kepada orang-orang faqir dan orang-orang lemah dari kalangan Bani Israel.

Maka ketika itu, Bani Israel terbahagi kepada dua bahagian disebabkan fitnah Qorun dan tipudaya kemewahan yang dimilikinya.


Satu puak beriman kepada Allah dan mengharapkan apa yang ada disisi Allah, Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang ditunjukkan oleh Qorun. Dan tidak mengharapkan untuk mendapat kurnia sepertinya, bahkan mengengkari kebongkakan Qorun dan kezalimannya.

Manakala satu puak lagi, mereka terpedaya dengan kemewahan yang dimiliki Qorun kerana mereka telah kehilangan nur petunjuk dan asas dalam menilai Qorun serta kemewahan yang dimilikinya. Lalu mereka menganggap kekayaan dan kemewahan Qorun itu satu tanda keredhoan Allah kepadanya serta kasih Allah kepadanya. Maka mereka berharap supaya Allah mengurniakan kepada mereka dan menjadikan mereka seperti Qorun kerana dia telah mendapat balasan nasib yang baik pada pandangan mereka.


Qorun ini telah dimabukkan dengan limpahan harta dan kekayaan, lalu hatinya buta terhadap kebenaran, telinganya pekak untuk mendengar dan menerima nasihat-nasihat daripada orang-orang mukmin. Bila mana mereka menyuruhnya bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan dan menggunakan segala hartanya ke jalan kebaikan dengan angkuhnya dia membalas bahawa harta-harta itu diberikan dengan kepandaian dan ilmu yang dimilikinya.

Lalu Allah taala telah menjadikan hartanya sebab kemusnahannya dan seksanya,bilamana Allah menenggelamkannya dan segala hartanya serta gedung-gedungnya ke dalam perut bumi. Dan tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan dia daripada azab Allah yang telah dikenakan ke atasnya dan tiada secebis manfaat pun segala hartanya yang melimpah.


Maka ketika itu. Makin bertambah teguhlah iman dan kesabaran orang-orang mukmin. Manakala yang terpedaya yang mengharapkan kehidupan seperti Qorun,telah nyatalah kepada mereka hakikat sebenarnya dan kembali mengingati Allah dengan mengucapkan syukur kerana mereka tidak diazab seperti Qorun.(rujuk ayat 82)



Riwayat Israeliyyat dalam kisah Qorun.

Eloklah dinyatakan di sini riwayat-riwayat Israeliyyat dalam kisah Qorun ini supaya kita dapat menghindari daripada periwayatannya dan tidak tertipu apabila mendengar kisahnya. Antaranya :

Didalam kitab عرائس المجالس في قصص الأنبياء oleh Tha’labiy yang dikatakan banyak meriwayatkan kisah-kisah Israeliyyat dan dongengan.

1) Disebut riwayat Israeliyyat bahawa Qorun itu adalah sepupu Nabi Musa alaihissalam dan dia adalah seorang yang paling alim di dalam bani Israel, yang paling hebat dan yang paling elok rupa parasnya. Dan namanya Almunawwar المنور kerana keelokan rupa parasnya. Dan tidak ada selainnya di kalangan Bani Israel orang yang paling pandai menbaca Taurat tapi malangnya dia munafiq.

2) Mereka juga menyebut tentang kunci-kunci gedung-gedungnya bahawa ianya adalah dalam pikulan enam puluh ekor baghal dan saiz satu kunci itu tidak lebih daripada satu jari dan setiap kunci untuk satu gedung.

3) Dan mereka juga menyebut permulaan Qorun ketika mengumpul hartanya bahawa dia pada awalnya seoarang yang selalu beri’tikaf dan abid kepada Allah di dalam صومعة (rumah ibadat) di kaki bukit selama empat puluh tahun. Dan dia telah mendahului Bani Israel dalam ibadat. Lalu Iblis menghantar kuncu-kuncunya untuk memperdayakannya namun mereka tidak berjaya memesongkannya. Maka Iblis sendiri mendatanginya dan turut beribadat di situ sepertimana Qorun. Maka Iblis dapat mengatasi Qorun dalam ibadatnya. Lalu Qorun tunduk kepadanya memandangkan Iblis lebih kuat ibadat daripadanya dan dia ketika itu tidak mengetahui hakikat sebenar perkara tersebut. Iblis pun mengeluarkannya daripada rumah ibadat tersebut secara berperingkat dan Qorun mula kenal dunia secara beransur-ansur. Maka ketika itu bertambahlah hartanya dan gedungnya kemudian Iblis meninggalkannya dan Qorun telah dikuasai dunia dan terus meninggalkan ibadatnya.

* Kisah di atas adalah sebahagian daripada riwayat yang diambil daripada riwayat Israeliyyat sebagai contoh. Terdapat riwayat Israeliyyat lain yang mengisahkan cerita yang berkaitan dengan kisah tersebut. Untuk mengetahuinya secara lanjut diharap dapat merujuk sumber asal kisah ini di dalam kitab yang disebut.


Sumber rujukan : Kitab مع قصص السابقين في القرآن – د. صلاح عبد الفتاح الخالدي

cetakan kelima 2007 Dar AlQalam- Dimasq

Read On

Beautiful Story...

1 comments



Little girl and her father were crossing a bridge.

The father was kind of scared so he asked his little daughter,
'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.'

The little girl said, 'No, Dad.. You hold my hand.'

'What's the difference?' Asked the puzzled father.

'There's a big difference,' replied the little girl.

'If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.'


In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.
So hold the hand of the person you love rather than expecting them to hold yours...

Firman Allah yang bermaksud : ( Wahai orang-orang yang beriman.Peliharalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu daripada api neraka.) surah Attahrim ayat :6

Maka, selain kita kasih orang yang kita sayang di dunia dengan memimpin tangan mereka, pimpinlah juga mereka bersama kita menuju jalan keredaan Allah di hari Akhirat.

Jangan biarkan tangan-tangan orang yang kita sayang terlepas menjunam ke neraka...Na'uuzubillah..

Sama-sama kita mengembara sambil berfikir dan berzikir...
Read On

10 + 10 +10 = rahmat+ampun+bebas dari neraka

0 comments

Salam Ramadhan...

Lama sudah tidak mengemaskinikan blog ini. Pelbagai alasan yang boleh dicipta namun hakikatnya adalah pengurusan dan disiplin.

Berkata mengenai pengurusan dan disiplin ni, memang kenalah dengan bulan yang kita sedang lalui sekarang...Ramadhan Almubarak... Sedar tak sedar ,hanya tinggal sepuluh hari saja lagi untuk kita menjalani kursus pengurusan dan mendisiplinkan diri dalam bulan ni.

Pengurusan masa yang baik amat penting untuk megimbangi sudut duniawi dan ukhrawi. Maklumlah dalam bulan ni, pelbagai aktiviti yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Terutamanya, payung-payung gerai yang bewarna-warni menghiasi padang-padang dan dataran lapang yang disediakan. Itu belum tengok pelbagai aneka juadah dan kuih-muih yang bewarna -warni lagi.

Janganlah menjadikan kesibukan mencari rezeki tambahan dibulan mulia ini sebagai halangan kita untuk mewarna-warnikan ibadat kita. Pandai-pandailah mengatur masa.Bukankah kita dijadikan sebagai makhluk yang paling bijak. Ye tak...? Akal yang diberi menuntut penggunaan yang optimum apatah lagi untuk menguruskan amanah kehidupan ini.

Kita tak tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita...siapa sangka... Jadi ambillah peluang yang ada, jangan sia-siakan.

Disiplin yang tinggi memang dituntut. Bagi mereka yang mampu mendisiplinkan diri menempuh bulan ini, alangkah hebatnya. Aturan terhadap diri telah dibuat semenjak awal bulan lagi, target telah dipasakkan di dalam hati. Bacaan dan tadarus AlQuran mesti dihabisi untuk kesekian kalinya di bulan ini. Masya Allah.Beruntung dan beruntung.

Sedar tak sedar, kita dah masuk 10 ketiga... 10 yang menuntut kesungguhan dan disiplin yang tinggi dalam mengerjakan ibadat. Sebagaimana Baginda Rasulullah selawat dan salan ke atasnya, menghidupkan malam, beri'tikaf di masjid dan seterusnya membangunkan ahli keluarganya untuk bersama menyertai pencarian dan ibadat yang penuh barakah itu.

Pencarian Lailatul Qadar yang kerap disebut dan digalakkan untuk berusaha mencarinya. Alangkah bahagianya bagi yang pernah merasainya. Tak mahukah kita? Malam yang dijanjikan kerahmatan dan kelebihan yang melebihi umur biasa seorang umat Muhammad. Seribu bulan. 1000 bulan. Seumur hidup kita pun, takkan mampu untuk memenuhi tuntutan ibadat yang ganjarannya sebegini rupa.Allahu Akbar.!!


Sabda Nabi selawat dan salam ke atasnya : Sesungguhnya Allah amat menyukai hambanya yang apabila dia beramal, lalu tekun dan bersungguh-sungguh dalam amalannya.(maksud hadith)
Jadi, sepatutnyalah kita ini senantiasa berusaha dan menekuni setiap malan yang kita buat. Disiplinkan diri dan urusilah masa dengan sebijaknya. Masa itu adalah kehidupan kita.

Sama-samalah kita menjadi hambaNya yang Muttaqiin dan yang berhasil memperoleh malam yang barakah itu. Insya Allah.
Read On

Walaupun tempang kakinya, walaupun buta matanya...

0 comments


Suatu hari,usai saya menghadiri kelas untuk subjek Nahu Arab di Kuliah Adab, saya bergegas keluar dari bilik pengajian untuk ke kelas seterusnya di bangunan yang lain pula.
Dengan langkah yang boleh dikatakan pantas juga(sebab kat sini ramai jalan lambat) dalam cuaca yang boleh dikatakan panas,saya melangkah menuruni tangga dan terus menusuri bahu jalan untuk ke kelas yang lain.

Sedang asyik melangkah, tetiba kaki saya terhenti sejenak. Mata saya terpaku kepada dua orang kawan yang saya lihat agak rapat. Ya Allah, sebak rasa dada ini bila melihat keadaan mereka. Rasa besar sungguh nikmat kurniaan Tuhan pada diri ini,namun malangnya amat jarang disyukuri dan dihisabi.

Melihat hal mereka,saya rasa cukup tersentuh,kenapa ya?
Ya,mereka berdua bukan orang sempurna macam saya.
Seorang kawan yang tempang kakinya dengan sebatang tongkat yang membantu untuk melangkah sedang menolak kerusi roda kawannya yang tidak dapat melihat. Bersama-sama menusuri jalan menuju matlamat yang sama macam saya. Mencari ilmu.Namun melihat senyuman yang terukir diwajah mereka berdua cukup menyentuh hati dan membuatkan diri ini berfikir. " Alangkah hebatnya mereka, disebalik kekurangan terserlah kelebihan" Diriku yang sempurna ini pun mungkin tak segigih mereka.

Saya meneruskan langkah sambil hati ini merenung, hebat sungguh kuasaMU Ya Allah.
Lihatlah,walaupun kakinya tempang namun semangat juang untuk menuntut ilmu seperti orang lain tidak pernah tempang.
Fikirlah,walaupun matanya buta tidak dapat melihat keindahan dunia ini, tapi hatinya cukup cerah untuk menyusuri liku-liku jalan sebagai penuntut ilmu.

Kekurangan bukanlah satu kelemahan. Kekurangan bukanlah alasan tuntas untuk kemunduran.
Kecacatan fizikal bukan bererti cacat semangat juang. Bahkan berapa ramai yang sempurna fizikalnya, tapi malangnya cacat semangatnya, tempang halatujunya dan buta mata hatinya. Berapa ramai yang serba kekurangan namun dapat menempa kejayaan.

Sama-sama kita renung sedalam-dalamny

a menerobos hati kecil kita.Terus bertanya dan bertanya.
Sedarkah kita dengan kelebihan yang diberi?
Adakah kita mengarahkannya seperti yang dipinta?
Berapa kali kalimat syukur kita ucapkan dengan nikmat yang dikurnia?
Banyak yang tidur dalam sedar, semoga kita diberi kekuatan.

Ingatlah wahai diri, kelemahan yang sebenar itu bukanlah kekurangan atau kecacatan anggota badan, tapi kelemahan yang sebenar adalah lemah dalam menentukan kehendak impian.


Read On

Kunci-kunci Hati

0 comments

Allah taala berfirman di dalam AlQur'an :
أفلا يتدبرون القرآن أم على قلوبهم أقفالها
(surah Muhammad:24)
Maksudnya: Maka apakah mereka tidak menghayati AlQur'an ataukah hati-hati mereka telah terkunci ?

Ibnu 'Athiyyah di dalam tafsirnya Almuharrir Alwajeez menyebut tentang ayat ini :
" Sesunggunhya sebuah rombongan daripada Yaman telah datang kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam dan dikalangan mereka ada seorang pemuda, lalu Baginda sallallahu alaihi wasallam membaca ayat ini, lalu pemuda tadi berkata : Atasnya kunci-kunci sehinggalah Allah taala membukanya dan melepaskannya. Sayyidina Umar berkata,pemuda ini sungguh hebat dipandanganku! Kata-kata ini sentiasa di dalam diri Umar sehinggalah beliau diangkat menjadi Khalifah lalu meminta bantuan dengan pemuda tersebut". (ketika pembukaan wilayah era Khalifah Umar)

Imam Ibnu Qayyim menyebut di dalam tafsirnya sepertimana yang disebut oleh Muqaatil : "Seolah-olah hati itu sebuah pintu yang tertutup rapat yang telah dikunci, maka jika ia tidak dibuka kuncinya tidak akan dapat dibuka pintunya, dan juga tidak dapat mencapai apa yang terdapat disebalik pintu tersebut. Demikianlah umpamanya hati yang tidak ditanggalkan penyelak dan kuncinya maka tidak akan dapat masuk ke dalamnya cahaya iman dan Qur'an."

Alangkah malangnya bagi mereka yang mengunci hati sendiri,sekalipun mendengar AlQur'an dan peringatan, berjumpa dengan orang-orang soleh, namun perkara tersebut tidak dapat mengubah keadaan mereka.Kenapa? Kerana adanya kunci-kunci hijab yang menghalang dan melitupi hati-hati mereka.

Maka setiap kali datangnya peringatan dan ayat-ayat Allah yang ingin memasuki hati-hati mereka, ia terhalang oleh kunci-kunci tersebut.Aduhai, umpama mencurah air ke dalam gelas tertutup.

Oleh itu,sesiapa yang tidak bersungguh keinginannya untuk memecahkan kunci-kunci tersebut dengan taubat nasuha, maka tinggallah kunci-kunci itu bersama hatinya sehinggalah dia meninggalkan dunia ini.

Ketahuilah bahawa kunci-kunci hati itu banyak dan pelbagai antaranya :
  • cinta dunia dan melebih-lebihkannya
  • lupa mati
  • meninggalkan AlQur'an
  • kurangnya zikir(mengingat Allah)
  • lemah dalam memuhasabah diri
  • meninggalkan sedeqah
  • tidak mengamalkan ilmu
  • banyak bergaul dalam perkara sia-sia
  • menghabiskan waktu pada perkara sia-sia
  • tidak menunaikan kewajiban
  • melakukan kezaliman
  • tidak suka berbuat perkara sunat
Dan juga segala perbuatan maksiat yang boleh menyebabkan hati-hati terkunci daripada nur iman. Begitulah banyaknya kunci-kunci yang pelbagai bentuk dan jenis, namun semuanya membawa kepada tujuan yang sama iaitu menghalang hati-hati ini daripada menghayati kalam Allah dan kita tidak akan dapat memecahkannya melainkan dengan kembali kepada Yang Maha Satu,bersungguh-sungguh dan teguh pada ketaatanNYa serta tidak kembali kepada dosa dan maksiat selepasnya.

Semoga kita semua sentiasa diberi taufiq dan hidayah daripada Allah dalam menusuri pengembaraan sementara di muka buminya ini...Amien Ya Rabb.
Read On

Jom Pakat Cuba...!!

0 comments


Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Program
Read On

Mati Syahid kerana Hijab

0 comments


Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.


Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.
Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.
Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt. de

dari: www.niknasri. com
(disunting dari pelbagai sumber)
Read On

Untuk direnung, cuba difikir...

0 comments


* Bermusafirlah dengan bekalan yang selayaknya, agar menyenangkan bukan membinasakan.

* Dunia kembara, penuh dengan sang musafir yang mengikut rentak dunia tanpa menghiraukan bekalan.

* Musafir yang kerdil mendambakan KEBESARAN tuhannya, musafir yang miskin mengharapkan KEKAYAAN RAHMAT tuhannya. Sedangkan musafir yang hina sentiasa terpana dengan KEMISKINAN DUNIA dan KEKERDILAN HARTA manusia.

* Bermusafirlah ke arah dunia kehambaan, bukan ke arah dunia kesyaitanan dan kedurjanaan.

* Musafir yang berhemat sentiasa menghitung bekalan untuk mencapai perhentian yang abadi.

Hidup ini sebuah kembara. Pengembaraan hamba yang bermusim. Kekadang imannya berjaya menewaskan hawa nafsu, kekadang hawa nafsu menghalang keharmonian iman. Namun seorang yang insan berjiwa hamba takkan mudah tunduk menjadi hamba kepada hawa nafsunya. Biarpun selalu jatuh tergadah dengan nafsu, jangan mudah mengalah. Bangkitlah lawanlah teruskan perjuangan dan pengembaraan untuk mencapai darjat hamba tuhan. Ingatlah, musim kembara itu ada pelbagai,cuma yang pentingnya bagaimana kita sang musafir menyesuaikan diri dengan musimnya dengan teras yang kukuh dan luhur agar penyakit setiap musim itu tidak mudah mendekati kita atau merebakkan segala virus durjana yang akan melumpuhkan semangat kembara menuju jalan Allah...
Ayuh, teruskan kembara bersama wahai sang hamba...!!!
Read On

Tips Individu Berjaya

0 comments



Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama: Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua: Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga: Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat: Menjaga kemaluan (kehormatan) .

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripada melihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima: Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam: Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh: Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.
Read On

Mencari Ketenangan

0 comments



"Kenapalah jiwa aku serabut?"

"Macam mana nak buat hati rasa tenang?"

"Seronoknya kalau hidup ini penuh ketenangan".

"Bahagianya hidup kalau jiwa tak serabut!"

Bermacam-macam keluhan suara hati dan lisan yang dapat kita dengar dan rasai dalam menggambarkan betapa mahal dan bernilainya sebuah ketenangan dan betapa inginnya jiwa ini melangkah lari dari keserabutan dan kekacauan rohani dan jasmani.

Tak terkecuali, kita juga mungkin pernah menuturkan kalimah-kalimah tersebut dan mungkin juga pernah mendambakannya di dalam hati sanubari.Bahkan boleh dikatakan mustahil bagi seseorang yang waras,tidak mengimpikan rasa ketenangan dalam kehidupan.


Nikmat ketenangan


Lihatlah dan renunglah betapa bernilai secebis ketenangan bagi sesebuah jiwa,apatah lagi jika jiwa itu penuh dengan keserabutan dan kekacauan. Alangkah merdekanya jiwa jika sentiasa dinaungi nikmat ketenangan.Namun,berapa ramai yang masih tercari-cari akan ketenangan khususnya ketenangan rohani.

Harta bertimbun,pangkat yang hebat,kelengkapan yang canggih,infrastruktur yang mewah bukanlah penjamin total untuk mendapat sebuah ketenangan.Bahkan kadangkala ia menjadi salah satu punca dan musuh perosak ketenangan dan keharmonian rohani.

Hal ini terjadi kerana kebanyakan perkara tersebut secara amnya dikuasai oleh nafsu negatif yang sentiasa membaluti roh kejernihan jiwa.Nafsu ini juga telah diceritakan oleh Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya :


ِانَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Yusuf:53)


Nafsu sentiasa mengarahkan kepada perkara yang memusnahkan ketenangan.Jadi tidak hairanlah mereka yang dikuasai nafsu songsang akan mudah teragut ketenangan dari jiwa mereka.Nur ketenangan seolah-olah malap dan hampir padam di hati dan wajah mereka.

Cuba kita renung dan fikir kehidupan para alim ulama’ dan orang soleh yang betul-betul menyerah diri dan bergantung kepada Tuhan sekalian alam.Cahaya ketenangan terserlah dari mereka bahkan adakalanya aura tersebut terasa terpancar di sekeliling mereka hinggakan jika kita melihat wajah dan mendengar tuturkata mereka tersa bagaikan diselimuti gebar keamanan dan kesejahteraan.Jiwa yang gersang terasa bagai disimbah salju yang menyejukkan jiwa yang resah.

الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.( Arra’d:28)


Subhanallah!Hebatnya penawar yang Allah ciptakan untuk hati manusia.Dengan mengingatiNya sahajalah ketenangan dan ketenteraman akan datang. Hati akan terubat,roh keimanan akan terasa meningkat.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.(Alanfaal:2)


Allah Ta’ala telah mengkhususkan orang-orang mukmin dengan beberapa sifat yang menjurus ke arah ketenangan rohani,antara yang disebut adalah seperti ayat di atas yang mana mereka itu apabila disebut saja nama Allah terus gementar dan terkesan hati-hati mereka dengan ayat-ayat Allah. Gementar dan takut sebegini bukanlah suatu yang kontra dengan ketenangan yang disebutkan,malahan perasaan sebeginilah yang akan menjadi kunci untuk mendapatkan ketenangan.

Cuba kita fikir sejenak, dikala kita membaca ayat-ayat Allah dalam Alquran beserta kefahaman dan penghayatan yang mendalam,ataupun ketika kita melihat ayat-ayat kauniah(ciptaan alam) yang sebegini hebat dengan penuh rasa rendah diri, sedar akan kelemahan dan kekerdilan kita di sisi Allah Ta’ala tentunya secara tidak langsung akan terbit satu perasaan yang membuatkan kita terasa nyaman dan lapang.(cubalah…!)

Satu perkara lagi,cuba kita lihat mengapa ketika manusia menghadapi tekanan emosi (bukan gila ) atau keserabutan fikiran ,mereka akan mengasingkan diri mencari kesunyian dan ada yang mencari ketenangan di sebalik alam seperti di tepi pantai,di dalam taman sambil mendengar kicauan beburung,di tebing sungai yang mengalir dan seumpamanya,ini kerana suara-suara alam ini(makhluk Allah) sentiasa menuturkan tasbih dan zikir pujian kepada Sang Pencipta Allah Ta’ala. Sebab itulah apabila kita mendengar alunan ombak,aliran sungai dan kicauan beburung ,jiwa akan diuliti rasa tenang dan lapang.Bukankah zikir itu menenangkan jiwa?!


تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya : Langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun.(Alisraa’:44)


Ketenangan Hakiki


Ya Allah.kurniakanlah kami ketenangan hakiki! Carilah ketenangan hakiki untuk diri. Jauhkanlah diri daripada kemurkaan Allah Ta’ala.Hindarkanlah maksiat kepada Allah kerana ia akan menggugah ketenangan jiwa.Nur Ilahi akan jauh dari pelaku maksiat dan kolam ketenangan akan tercemar dengan noda dan dosa.

Banyakkanlah istighfar beserta doa,pohonlah keampunanNya sentiasa selagi usia masih bersisa.Tiada insan di dunia ini yang suci dari dosa melainkan Nabi yang ma’sum.Selawat dan salam ke atasnya.

Jangan kita putus asa daripada rahmat Allah,anggaplah cabaran dan ujian yang diberi untuk menguji iman dan sekaligus meneguhkannya lagi.Sedarilah jalan ke syurga itu dihampar dengan pelbagai cabaran dan dugaan.


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Azzumar:53)


Banyakkanlah bergaul dengan orang-orang soleh dan menghadiri majlis-majlis zikir dan ilmu,sesungguhnya para malaikat akan mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan kepada mereka yang berada di dalamnya.

Jauhilah sifat-sifat mazmumah yang menjadi racun kepada benih ketenangan seperti hasad dengki,buruk sangka,fitnah dan sifat seumpamanya. Basahilah lidah dengan zikrullah selalu,siramilah anggota badan kita dengan pahala sedekah nescaya ia akan terbit menjadi anggota yang mengarahkan kepada ketaatan Allah. Insya Allah.


إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar Ra’d:11)


Sesungguhnya hanya kitalah yang akan mengubah diri sendiri,kitalah yang akan membuat acuan untuk diri kita sama ada kita membina acuan yang membawa ketenangan ataupun acuan yang membawa kecelakaan.


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي (30

Maksudnya: (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -"Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "(Alfajr:27-30)


Renung dan fikirkanlah wahai diri,

Ke mana hala tujumu nanti,

Pilihan ditanganmu sendiri,

Ke arah syurga menanti,

Atau diazab api hakiki…

Read On