10 + 10 +10 = rahmat+ampun+bebas dari neraka

0 comments

Salam Ramadhan...

Lama sudah tidak mengemaskinikan blog ini. Pelbagai alasan yang boleh dicipta namun hakikatnya adalah pengurusan dan disiplin.

Berkata mengenai pengurusan dan disiplin ni, memang kenalah dengan bulan yang kita sedang lalui sekarang...Ramadhan Almubarak... Sedar tak sedar ,hanya tinggal sepuluh hari saja lagi untuk kita menjalani kursus pengurusan dan mendisiplinkan diri dalam bulan ni.

Pengurusan masa yang baik amat penting untuk megimbangi sudut duniawi dan ukhrawi. Maklumlah dalam bulan ni, pelbagai aktiviti yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Terutamanya, payung-payung gerai yang bewarna-warni menghiasi padang-padang dan dataran lapang yang disediakan. Itu belum tengok pelbagai aneka juadah dan kuih-muih yang bewarna -warni lagi.

Janganlah menjadikan kesibukan mencari rezeki tambahan dibulan mulia ini sebagai halangan kita untuk mewarna-warnikan ibadat kita. Pandai-pandailah mengatur masa.Bukankah kita dijadikan sebagai makhluk yang paling bijak. Ye tak...? Akal yang diberi menuntut penggunaan yang optimum apatah lagi untuk menguruskan amanah kehidupan ini.

Kita tak tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita...siapa sangka... Jadi ambillah peluang yang ada, jangan sia-siakan.

Disiplin yang tinggi memang dituntut. Bagi mereka yang mampu mendisiplinkan diri menempuh bulan ini, alangkah hebatnya. Aturan terhadap diri telah dibuat semenjak awal bulan lagi, target telah dipasakkan di dalam hati. Bacaan dan tadarus AlQuran mesti dihabisi untuk kesekian kalinya di bulan ini. Masya Allah.Beruntung dan beruntung.

Sedar tak sedar, kita dah masuk 10 ketiga... 10 yang menuntut kesungguhan dan disiplin yang tinggi dalam mengerjakan ibadat. Sebagaimana Baginda Rasulullah selawat dan salan ke atasnya, menghidupkan malam, beri'tikaf di masjid dan seterusnya membangunkan ahli keluarganya untuk bersama menyertai pencarian dan ibadat yang penuh barakah itu.

Pencarian Lailatul Qadar yang kerap disebut dan digalakkan untuk berusaha mencarinya. Alangkah bahagianya bagi yang pernah merasainya. Tak mahukah kita? Malam yang dijanjikan kerahmatan dan kelebihan yang melebihi umur biasa seorang umat Muhammad. Seribu bulan. 1000 bulan. Seumur hidup kita pun, takkan mampu untuk memenuhi tuntutan ibadat yang ganjarannya sebegini rupa.Allahu Akbar.!!


Sabda Nabi selawat dan salam ke atasnya : Sesungguhnya Allah amat menyukai hambanya yang apabila dia beramal, lalu tekun dan bersungguh-sungguh dalam amalannya.(maksud hadith)
Jadi, sepatutnyalah kita ini senantiasa berusaha dan menekuni setiap malan yang kita buat. Disiplinkan diri dan urusilah masa dengan sebijaknya. Masa itu adalah kehidupan kita.

Sama-samalah kita menjadi hambaNya yang Muttaqiin dan yang berhasil memperoleh malam yang barakah itu. Insya Allah.
Read On