Masa itu adalah kehidupan

الوقت هو الحياة
(Masa itu adalah kehidupan)

Tak terasa masa berlalu.Pejam celik,tahun 1429 H sudah berlalu,tahun 2008 juga telah melabuhkan tirainya.Umur semakin meningkat,semakin banyak bernafas semakin kurang nyawa usia kita. Syukurlah kita masih dapat pejam celik lagi,kerana ramai saudara kita yang pejam dan sudah tak dapat celik selama-lamanya.
Tahun 1430 H dan 2009 M telah membuka gelanggangnya,menantikan pahlawan-pahlawan yang yang akan berentap.Menangkah atau tewaskah?Terpulang kepada sang pahlawan yang mengatur langkahnya.Setakat mana perancangan dan strategi yang disusun, setakat itulah natijah yang akan terhasil.

Amalan kita

Adakah amalan untuk bekalan di sana juga meningkat sejajar meningkatnya usia? Adakah perancangan hidup kita lebih baik daripada tahun-tahun yang telah berlalu?Atau kita masih tidur dalam arus kealpaan,terus hanyut didalam selimut kelalaian?
Umar Alkhattab ada berkata,"hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak.Dan timbangkanlah amalanmu sebelum kamu ditimbang kelak".
Melangkah dan teruslah melangkah ke arah jalan keredaan. Yang berlalu jadikan iktibar dan pengajaran.Buang yang keruh ambil yang jernih.

Renungkanlah...
Masa yang sudah berlalu usah diratapi kerana ia takkan kembali,
masa yang akan datang jangan ditunggui kerana ia belum pasti,
rebutlah masa sekarang kerana ia adalah waktu yang diberi.


وَالْعَصْرِ(1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ(2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ(3

"DEMI MASA.SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DIDALAM KERUGIAN,KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN DENGAN PENUH KESABARAN." surah al'asr- 1-3

2 comments:

  • salam ....masa oh masa...ana ade lebih kurang 2thn je lg di kuwait....emm,duk kat sini pun cbuk smpai takde masa nak ziarah abg2 n adik2...kuliah sampai mlm..emm,bilalah agaknya dpt relaks,,,waALLAHUa'lam...apapun alhadulillah ala kulli hal...

  • الواجبات اكثر من الأوقات

Post a Comment